about us

Kami merupakan sebuah syarikat perakaunan yang ingin membantu usahawan SME bumiputera yang menghadapi masalah dalam menyediakan penyata kewangan. Disamping itu, fokus utama kami adalah dengan membekalkan sistem perakaunan secara berkomputer merupakan satu kaedah dan cara yang sangat berguna dan patut dimiliki pada zaman yang kian bangun dengan pesat ini. Oleh yang demikian , kami bersepakat untuk membekalkan dan membuat sesi pemasangan sistem secara percuma beserta latihan asas perakaunan yang bakal diberikan kepada individu yang berminat serta jaminan pulangan 100% jika anda tidak berpuas hati dengan sistem perakaunan dan penggajian berkomputer yang kami tawarkan ini.
Kami telah membantu usahawan SME di seluruh Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak yang menghadapi masalah dalam masih menggunakan dan mengamalkan rekod perakaunan secara manual. Kami juga cuba membantu syarikat mereka dalam menstruktur kembali fail-fail mengikut S.O.P dan melatih staf mereka bagaimana hendak menganalisis dan key in data ke dalam sistem . Kami juga telah menunjukkan cara yang betul dalam menguruskan kewangan syarikat agar mencapai keuntungan setiap tahun. Prestasi perniagaan perlu diambil tahu oleh pemilik agar perniagaan bertambah stabil dan kukuh pada masa yang akan datang.
Your content goes here. Edit or remove this text inline or in the module Content settings. You can also style every aspect of this content in the module Design settings and even apply custom CSS to this text in the module Advanced settings.
PENGALAMAN
Syarikat kami berpengalaman hampir 25-30 tahun dalam menyelesaikan masalah perakaunan yang dihadapi oleh pemilik syarikat
SERVIS
Syarikat kami menyediakan servis pemasangan sistem perakaunan dan penggajian terus ke syarikat anda seluruh Malaysia
SISTEM
Syarikat kami membekalkan sistem perakaunan dan penggajian yang dapat memudahkan kerja merekod database penting syarikat
STRATEGI
Syarikat kami bersedia untuk memberi khidmat nasihat konsultan tentang strategi pengurusan kewangan dalam syarikat yang patut diamalkan
LATIHAN
Syarikat kami menawarkan latihan asas perakaunan secara berkala serta cara untuk key-in data ke dalam sistem dengan menggunakan bahasa yang sangat mudah untuk difahami
KEMAHIRAN
Syarikat kami menyediakan latihan kursus kemahiran Full Set of Account selama 3 bulan selama 20 jam kredit dengan harga yang sangat berpatutan
kenali kami
Fearless Leaders

Azmi Harun
Chief Executive Officer
Beliau merupakan lepasan mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) di Universiti Utara Malaysia dan telah diiktiraf sebagai Chartered Accountant oleh Malaysia Institute of Accountant (MIA) pada tahun 1995 . Beliau telah meluaskan pengalamannya menyelesaikan masalah perakaunan syarikat lebih 25 tahun.

Sabariah Mukhtar
Executive Director
Beliau merupakan lepasan mahasiswi Ijazah Sarjana Perakaunan (Kepujian) di Universiti Utara Malaysia. Beliau merupakan guru dalam subjek Prinsip Perakaunan yang mempunyai pengalaman lebih 27 tahun dalam mengendalikan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia dan kini telah berkhidmat menjadi speaker untuk Kursus Asas Perakaunan dan Kemahiran Full Set Account

Amrina Rasyada
Sales Marketing Manager
Beliau merupakan lepasan mahasiswi Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan kini sedang mengambil persijilan Malaysia Institute of Accountant (MIA)

Amani Shuhada
Human Resources Manager
Beliau merupakan lepasan mahasiswi Ijazah Sarjana Muda Muamalat dan Perbankan Islam (Kepujian) di Universiti Yarmouk Jordan dan kini sedang menyambung pelajaran Master dalam bidang Pendidikan